~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buletin:/2017/No. : 22

Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Yang Berbahagia Tan Sri/Dato'/Prof. /Prof. Madya/Dr. /Tuan-Puan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim:
Tarikh : 01/04/2017 10:26 AM


UCAPAN SELAMAT TAHUN BAHARU 2017



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, saya dan pengurusan Universiti berasa syukur atas siri kejayaan yang telah dicapai oleh Universiti Putra Malaysia dan warga UPM sepanjang tahun 2016 seperti yang terkandung dalam Lampiran. Saya menjunjung kasih atas perkenan dan sokongan padu DYMM Tuanku Canselor terhadap usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Universiti Putra Malaysia.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk YB Menteri Pendidikan Tinggi, Pro-Canselor, Lembaga Pengarah Universiti, warga kerja, pelajar, CEO@ Faculty, tokoh mentor, rakan korporat, rakan antarabangsa, rakan FB, rakan media, dan alumni yang sentiasa memberikan sokongan padu dan kerjasama strategik, bagi memastikan kejayaan Universiti Putra Malaysia. Pencapaian ini adalah bermakna kepada UPM, masyarakat dan negara.

Saya percaya bahawa kecemerlangan yang dicapai merupakan usaha gigih dan khidmat bakti semua pihak pada pelbagai peringkat, dengan penghayatan konsep IHSAN sebagai tonggak kepada setiap kecemerlangan universiti.

Tahun 2017 merupakan peluang kepada kita untuk meningkatkan usaha dan kejayaan yang telah dicapai dengan berteraskan nilai IHSAN. Ia menuntut semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu bagi menghadapi cabaran dan meneroka peluang secara bersama. Kita harus meneruskan usaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien, dengan penuh keikhlasan bagi meningkatkan produktiviti individu dan organisasi ke tahap yang lebih membanggakan. Tahun ini juga merupakan cabaran untuk kita semua terutama dalam melaksanakan autonomi pengurusan kewangan universiti secara lestari bagi meningkatkan sumber pendapatan universiti menggunakan aset dan kepakaran yang dimiliki, memperkukuh inisiatif penjimatan sumber, dan meningkatkan keberhasilan terhadap fungsi dan peranan kepada masyarakat dan Negara.

Saya percaya dengan penggembelengan dan sumbangan idea, tenaga dan kreativiti semua pihak, Universiti Putra Malaysia akan berjaya mengharungi 2017 dengan lebih cemerlang. Syabas dan Tahniah untuk semua. Mari sama-sama kita doakan yang terbaik untuk tahun 2017.

Selamat Tahun Baharu!

"BERILMU BERBAKTI"
"WITH KNOWLEDGE WE SERVE"

Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris
Naib Canselor (Vice Chancellor)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG
Selangor, MALAYSIA
Phone: 03-89466001/6002; Fax: 03-89483244

Document IconLampiran_PENCAPAIAN UPM 2016_oleh CoSComm.pdfType: application/octet-stream
Name: Lampiran_PENCAPAIAN UPM 2016_oleh CoSComm.pdf



PERHATIAN:
Sebarang  berita  terkini /seminar/makluman/kursus  untuk dimaklumkan  kepada warga  UNIPUTRA 
bolehlah disampaikan kepada Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (No. Tel: 6014/6003)   melalui  E-mail:


Pengirim  maklumat  MESTIlah  menyertakan  pengenalan diri seperti: Nama, Jawatan,
No. Telepon dan E-mail :jika ada*. Sebarang maklumat tanpa pengenalan diri TIDAK AKAN dilayan.
Sebarang maklumbalas/komen oleh pembaca hendaklah ditujukan terus  kepada  pengirim
yang bertanggungjawab sepenuhnya pada maklumat yang diberikan.  
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~